Tuesday, April 28, 2009

Virus Bru MnYeraNg manusia KINI.......

Selesema babi: Kes pertama di Britain, Sepanyol


LONDON: Selesema babi kini menular ke Eropah apabila kes pertama disah di Britain dan Sepanyol ketika kerajaan terus mengetatkan perjalanan keluar masuk, serta menghindari orang ramai berkunjung ke Mexico apabila 149 maut disebabkan wabak itu. 

Kesatuan Eropah (EU) memanggil mesyuarat tergempar semalam bagi membincangkan tindakan lebih serius menangani wabak itu dan menasihatkan orang ramai menghindari daripada melwat Amerika Syarikat dan Mexico. 

Ujian terhadap suspek kini dijalankan di seluruh Eropah, termasuk enam suspek di Belgium, lima masing-masing di Denmark, Sweden dan Switzerland, tiga masing-masing di Ireland dan Republik Czech dan seorang di Perancis.

Kementerian Kesihatan Sepanyol berkata, ujian terhadap lelaki berusia 23 tahun yang baru balik dari Mexico minggu lalu disahkah mempunyai jangkitan virus selesema babi. 


Selain itu, 26 lagi kes turut disyaki dijangkiti virus maut itu. 

Dua jam selepas itu, dua pesakit dimasukkan ke hospital di Scotland selepas balik melawat Mexico dan mereka disahkan kes pertama selesema burung di Britain.

"Saya boleh mengesahkan ujian yang dijalankan terhadap dua pesakit itu adalah positif," kata Menteri Kesihatan Scotland, Nicola Sturgeon, sambil menambah keadaan kedua-dua pasangan itu semakin baik. - AFP 



P/S: nasib xmkn bende tu kn....hohoho......

1 comment:


KaMi