Assalamualaikum....
credit tu liyana....
dsbbkn reg isnin ni kn..so kowg kne bce ni...
Pengumuman Untuk Semua Pelajar UTeM Bagi Semua Peringkat Ijazah
Untuk makluman semua, sehingga 1hb Julai 2009 terdapat sejumlah 196 kes terkumpul influenza A(H1N1) di Malaysia yang terdiri daripada 166 kes import dan 30 kes jangkitan tempatan tanpa kes kematian dilaporkan.Justeru itu, demi kesejahteraan dan kesihatan para pelajar dan warga kampus , Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengambil langkah berjaga – jaga dengan menetapkan ke semua pelajar UTeM bagi semua peringkat ijazah mengisi borang pengakuan kesihatan bagi wabak influenza A (H1N1) dan menyerahkannya ke khemah saringan H1N1 sebelum meneruskan pengajian .Lokasi khemah saringan adalah di :
- Khemah saringan berhampiran klinik ‘One Stop Centre” di Kampus Tetap Durian Tunggal( berdekatan dengan bangunan FKEKK )
- Khemah saringan di Kampus Industri Ayer Keroh
Masa adalah dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bekerja bermula 6hb Julai 2009 – 10 hb Julai 2009 .Kerjasama yang diberikan bagi mengisytiharkan diri dengan jujur adalah dituntut bagi kepentingan bersama. Adalah menjadi tanggungjawab individu membantu membanteras wabak influenza ini menular di Malaysia. Sama – sama kita bersatu agar UTeM bebas dari wabak H1N1.Minta jasa baik agar dapat mengisi borang yang dilampirkan ini dan menyerahkannya pada tarikh yang ditetapkan. Terima kasih.
ni link tok download borang pengesahan kesihatan korg tu
No comments:
Post a Comment