Sunday, November 7, 2010

Jom Bace ~~Khasiat TimUN~~

Assalamualaikum ....

Ok, hr ni tak nak merepek .. just nak share some info with korang semue..
pasl khasiat timun .. 


TIMUN sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris isi putih kehijauan terserlah. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.

Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.

Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas

Karbohidrat - 3.63 gm
Gula - 1.67 gm
Serat - 0.5 gm
Lemak - 0.11 gm
Protein - 0.65 gm
Thiamin (Vitamin B1) - 0.027 mg
Riboflavin (Vitamin B2) - 0.033 mg
Niacin (Vitamin B3) - 0.098 mg
Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) - 0.259 mg
Vitamin B6 - 0.040 mg
Folat (Vitamin B9) - 7 µg
Vitamin C - 2.8 mg
Kalsium - 16 mg
Besi - 0.28 mg
Magnesium - 13 mg
Fosforus - 24 mg
Potasium - 147 mg
Zink - 0.20 mg
  • Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.
  • Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat di  dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.
  • Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah  ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
  • Hiris timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.
  • Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal  ekzema, artritis dan juga gout.
  • Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.
  • Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
  • Timun mengandungi Erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.
  • Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kubis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik di dalam badan.
  • Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.

~Nedz~

No comments:

Post a Comment


KaMi